Sabtu, 30 April 2016

Keluarga Dan Kekeluargaan

Perubahan Sosial Keluarga Dan Kekeluargaan
Psss~~~~~ This is just a conclusion- for my beloved Muhammad Zuhdi  ^_^


              Peredaran zaman yang semakin berkembang dari pelbagai aspek di dalam arus permodenan kini telah menyebabkan berlakunya dimensi perbezaan yang cukup ketara di antara keluarga tradisional dan moden. Perubahan dalam struktur keluarga,ekonomi,sosial dan pendidikan di dalam keluarga tradisional dan keluarga moden perlulah dinilai dari pelbagai aspek yang mana ianya merupakan faktor-faktor yang boleh menyebabkan tingkah laku diantara kedua-dua keluarga adalah berbeza. Kedua-duanya mempunyai nilai-nilai yang baik dan juga nilai-nilai yang kurang baik.
             Namun begitu, tingkah laku diantara keduanya boleh dijadikan pengajaran dan pembaikan serta boleh diaplikasikan oleh setiap generasi bagi merealisasikan keluarga yang bahagia dan merangsang kepada ciri-ciri keluarga yang sempurna. Jika dilihat pada ruangan sosial, masyarakat moden begitu mementingkan perkembangan sosial kepada ahli keluarga terutamanya kepada anak-anak mereka. Bermula daripada anak-anak mereka masih kecil, mereka memainkan peranan dalam membantu anak-anak untuk memahami dan mempelajari kaedah-kaedah bersosial agar perkembangan mental anak-anak mereka berkembang mengikut arus permodenan. Namun begitu, apabila diteliti terdapat ruangan perbezaan yang cukup ketara pada aspek sosial dalam kalangan keluarga tradisional yang hanya berkisar kepada turun-temurun yang mengekalkan aspek kebudayaan generasi terdahulu yang mana ia menekankan aspek berbudi-bahasa dan bersopan-santun. Struktur sosial mereka juga menonjolkan kepribadian mulia dan saling hormat-menghormati. 
            Seterusnya, kita dapat melihat perbezaan diantara keduanya melalui aspek ekonomi. Perkembangan ekonomi dalam kalangan keluarga moden adalah berlandaskan pembudayaan yang merangsang kepada perkembangan ekonomi negara. Setiap ahli keluarga memainkan peranan terhadap ekonomi tidak kira lelaki mahupun perempuan dalam meneruskan hidup agar kehidupan mereka lebih selesa dan berstatus lebih baik. Keluarga tradisioanal pula menganggap sumber alam adalah sumber ekonomi mereka. Mereka tidak mengamalkan budaya material dan hanya menjalankan kehidupan secara bersederhana. Hal ini demikan kerana, kehidupan mereka tidak memerlukan wang dan hanya bergantung kepada sumber alam untuk mencari rezeki dan meneruskan kehidupan.
           Dari sudut pendidikan pula, keluarga moden begitu mementingkan aspek pendidikan dalam membentuk generasi yang berilmu bermula dari dalam kandungan lagi. Mereka mengamalkan dan meletakkan minda anak-anak terhadap pembelajaran mereka. Keluarga moden menekankan aspek kependidikan dalam membimbing anak-anak kepada pembentukan sikap dan keterampialan diri melalui pelbagai kaedah. Kaedah pembelajaran yang digunakan adalah melalui bimbingan daripada guru-guru yang mempunyai pengiktirafan daripada masyarakat. Namun begitu, pandangan yang berbeza dapat kita perhatikan terhadap tahap pendidikan keluarga tradisional yang menekankan ciri-ciri kemahiran daripada generasi turun-temurun. pendidikan mereka adalah berlandaskan pendidikan tidak formal iaiyu melalu pemdidikan daripada ahli keluarga, ibu bapa dan masyarakat sekitar. Cerminan taraf pendidikan mereka yang paling tinggi adalah melalui pendidikan di institusi pondok dam madrasah-madrasah dengan menuntut ilmu dengan alim ulamak. Perbezaan inilah yang dapat kita pelajari dan kita fahami agar dapat kita praktikkan dalam kehidupan berkeluarga kelak bagi mejamin kesempurnaan dalam sistem kekeluargaan.

CONTOH TEKS PENGACARA MAJLIS



CONTOH TEKS PENGACARA MAJLIS

Sebelum ini saya pernah dilantik dan dijemput mengacara beberapa buah majlis formal. Antaranya ialah:

1- Majlis Malam Anugerah Kecemerlangan Fakulti Sains Sosial Gunaan 2015
2- Majlis di Rumah Orang Tua Darul Hanan, Pulau Pinang 2014
3- Perasmian Majlis Pengiktirafan Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Kemunting Sebagai Sekolah Angkat FSSG 2015
4- Perasmian Kem Motivasi Jati Diri FSSG 2015
5- Perasmian Majlis Petandingan Persembahan Sewang Orang Asli Peringkat Pantai Timur 2016, di Kelantan.

Ini adalah teks ringkas yang saya telah siapkan untuk Majlis Anugerah Kecemerlangan pada 2 MEI 2016 ini. Sila rujuk di bawah.

TEKS PENGACARA MAJLIS
MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN TAHUN 2016
2 MEI 2016
DEWAN PERDANA

BIL
CUE
ANN
1
Selepas pelajar mengambil tempat
·         Bagi menghormati majlis, hadirin diingatkan untuk berada dalam keadaan tenang sepanjang majlis ini berlangsung. Mohon kerjasama daripada para hadirin untuk memastikan telefon bimbit anda dimatikan atau berada dalam keadaan nada senyap.

·         Apabila diumumkan ketibaan para jemputan, hadirin dimohon untuk berdiri sehinggalah dipersilakan untuk duduk. Kerjasama anda amatlah dihargai. Terima kasih.

2
Apabila VIP tiba
Mengumuman ketibaan:-

Yang berbahagia Prof. Dr. Ahmad Puad Bin Mat Som
Dekan Fakulti Sains Sosial Gunaan
Serta diiringi Dhif-Dhif kehormat masuk ke dalam Dewan

Nyanyian lagu NEGARAKU dan UNISZA
Hadirin dipersilakan untuk duduk

3
Solutasi MC
Ke pekan kuala membeli bingka,
Sayang pesanan terlupa sudah,
Majlis dibuka tirai bermula,
Dengan alunan madah yang indah

Indah berbalam si awan petang,
Berarak dicelah pepohon ara,
Pemanis kalam selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.  

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, Salam sehati sejiwa.



Yang Berbahagia Prof. Dr. Ahmad Puad Bin Mat Som
Dekan Fakulti Sains Sosial Gunaan
UniSZA

Yang Berusaha Prof  Dr Muhammad Fadzil Bin Ahmad
Timbalan Dekan Akademik Dan Siswazah
Fakulti Sains Sosial Gunaan UniSZA

Yang Berusaha Dr Mutia Sobihah Binti Abd Halim
Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni
Fakulti Sains Sosial Gunaan UniSZA

Yang Berusaha En Mohamad Gafis Bin Amat Simin
Ketua Pusat Pengajian Antropologi Dan Dakwah

Yang Berusaha Puan Normala Binti Riza
Pemangku Ketua Pusat Pengajian Keja Sosial

Pensyarah-pensyarah, Staf Pentadbiran,
Barisan Saf Pimpinan Persatuan Mahasiswa Fakuti Sains Sosial Gunnan
Seterusnya Mahasiswa-Mahasiswi yang dikasihi sekalian.

Selamat Datang ke,
MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN
FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN TAHUN 2016

4
Bacaan Doa
Sidang hadirin sekalian

Kalau pergi tanjung keramat,
Anak manis jangan di angkat,
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Demi memberkati acara kita pada peang ini,
Marilah kita semua selaku insan kerdil sifat dan upaya
Dengan sanubari yang bersih minda yang jernih
Menghimpunkan segala harapan dan hasrat dengan bait-bait doa serta munajat.

Dengan itu, majlis mempersilakan





Untuk mengetuai bacaan doa kita pada petang ini.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Amin-amin ya rabbal alamin

Terima kasih diucapka kepada saudara

Di atas bacaan doa sebentar tadi.

5
Aluan Majlis
Terlebih dahulu, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah s.w.t, kerana dengan limpah perkenan dan kurniaNya kita sekali lagi dapat berhimpun untuk sama-sama menjayakan MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN FAKULTI SAINS SOSIAL GUAAN TAHUN 2016.
Majlis berbesar hati merungkai ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada

Yang Berbahagia Prof. Dr Ahmad Puan Bin Mat Som
Dekan Fakulti SainS Sosial Gunaan UniSZA

Di atas kesudian hadir bagai menyerikan lai majlis kita pada petang ini.

Tidak dilupakan juga majlis mengalu-alukan kehadiran para jemputan, serta mahasiswa sekalian.

Untuk makluman hadirin, Majlis Anugerah Kecemerlangan  Fakulti sains Sosial Gunaan merupakan satu program bagi meraikan pelajar-pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang di dalam akademik dan memberi sumbangan dan jasa kepada Fakulti.

6
Ucapan perasmi
Hadirin dan hadirat sekalian

Jangan Tetawan Alpa Duniawi,
Hanya Indah Serupa Mimpi,
Duhao\i Phlawan Kesatria Pertiwi,
Hulurkan Madah Kata Perasmi.

Seterusnya Majlis Menjemput dan Mempersilakan
Yang Berbahagia Prof Dr Ahmad Puad Bin Mat Som
Dekan Fakulti Sains Sosial Gunaan

 Untuk menyampaikan ucapan beliau dan seterusnya merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Fakulti Sains Sosial Gunaan Tahun 2016.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Prof Dr Ahmad Puad Bin Mat Som di atas ucapan perasmian beliau sebentar tadi.

7.
Anugerah dekan
Hadirin Sekalian,

Majlis Anugerah Kecemerlangan kita pada hari ini diteruskan lagi dengan agenda yang seterusnya. Tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu acara Penyampaian Anugerah Kecemerlangan kepada para pelajar yang berjaya mencatatkan keputusan cemerlang di dalam akademik.

Sebelum itu, untuk makluman hadirin sekalian, gred purata akademik yang telah dipersetujui oleh pihak Fakulti untuk mencapai Anugerah Dekan Adalah 3,67 dan ke atas.

Bagi menyempurnakan acara dan penyampaian anugerah dekan,
Majlis menjemput dan mempersilakan

Yang Berbahagia Prof. Dr Ahmad Puad Bin Mat Som
Dekan Fakluti Siins Sosial Gunaan

Diiringi Yang Berusaha Dr Muhammad Fazil bin Ahmad
Timbalan Dekan Akademik dan Siswazah

Untuk menyampaikan anugerah kepada pelajar yang mendapat keputusn cemerlang.
Majlis mempersilakan.

Rujuk Lampiran

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Bebahagia Prof Dr Ahmad Puad bin Mat Som di atas penyampaian anugerah sebentar tadi.

8.
Tayangan montaj
Majlis Anugrah Kecemerlangan Fakulti Sains Sosial Gunaan 2016 DITERUSKAN DENGAN ACARA YANG SETERUSNYA. Sebelum itu, ayuh kita sama-sama saksikan sebuah tayangan montaj yang telah disediakan oleh pihak urusetia.

Demikian tadi tayangan montaj tentang aktiviti yang telah dijalankan oleh para pelajar.

9
Anugerah dekan
Seterusnya, majlis diteruskan sekali lagi  dengan acara penyampaian Anugerah Dekan kepada para pelajar.

Majlis sekali lagi menjemput dan mempersilakan



Untuk menyampaikan sijil kepada para pelajar.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan Terima Kasih kepada



Di atas kesudian menyampaikan sijil anugerah dekan sebentar tadi.

Tahniah Diucapka kepada Para pelajar yang Berjaya.

10.
Tayangan video khas
Hadirin sekalian,

Seterusnya marilah kita sama-sama berhibur dengan menyaksikan tayangan video yang ditayangkan khas pada petang ini.

11.
Anugerah FSSG
Hadirin Sekalian,

Kita teruskan lagi majlis pada petang ini dengan acara yang seterusnya.

Pihak fakulti berbesar hati untuk menyampaikan beberapa Anugerah Khas Pencapaian Cemerlang Kepada mahasiswa-mahasiswi yang telah memberikan sumbangan dan jasa kepada fakulti. Anugerah khas ini diberikan kepada mahasiswa yang telah memberi sumbangan dan pencapaian cemerlang dari aspek kurikulum, kepimpinan, khidmat bakti dan juga sukan.

Bagi menyempurnakan Anugerah Khas kepada pemenang,
Majlis menjemput dam mempersilakan

_______________________________________________________

_______________________________________________________


Diiringi



Untuk menyampaikan anugerah.
Dipersilakan.

Rujuk Lampiran

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada

Di atas penyampaian anugerah sebentar tadi.

12.
Penutup
Hadirin sekalian,

Kini tibalah kita ke penghujung majlis. Oleh yang demikian, badgi pihak urusetia dan penganjur Majlis Anugerah Kecemerlangan Fakulti Sans Ssosial Gunaan Tahun 2016 merakamka ucapa setinggi-tingi penghargaan dan terima kasih kepada dhif-dhif kehormat atas kesudian hadir bagi menyerikan lagi majlis pada hari ini.
Semoga majlis Anugerah sepert ini dapat memberi semangat kepada mahasisiwa yang lain untuk terus bergiat aktif dalam memacu kea rah pembangunan sahsiah diri.

Ada laut ada pantainya,
Ada malam ada subuhnya,
Ada mula ada akhirnya,
Ada awal ada penyudahnya

Sekian sahaja, saya WAN HANIS AISYAH mewakili warga kerja menyusun sepuluh jari andai ada kekurangan dan kesilapan sepanjang majlis ini berangsung.

Wabillahitaufiq……………

Jumaat, 29 April 2016

Realiti Pendakwah Masa Kini : Antara Teori Dan Praktikal



Reliti pendakwah masa kini : Antara teori dan praktikal.

       Pelbagai metod dakwah yang berkesan boleh diaplikasikan dalam menyeru umat manusia ke jalan yang benar dan diredahai. Pelbagai metod yang berguna perlu diaplikasikan dengan cara berhikmah, nasihat yang baik dan berbincang dengaan cara yang lebih baik serta dakwah melalui perbuatan. Penggunaan metod yang berkesan perlulah dilihat dalam pelbagai situasi dan mengikut zaman dan diasosiasikan dengan kaedah yang bersistematik.
       Perkara yang ingin dibincangkan di sini adalah cara dakwah masa kini yang digunakan oleh golongan pendakwah. Mereka hanya menekankan cara berdakwah melalui kaedah memberi nasihat ataupun berteori semata-mata tanpa mengaplikasikan kaedah berpraktikal dalam berdakwah kepada masyarakat. Hal ini telah menyebabkan kaedah tersebut menjadi tidak berkesan kepada sebahagian daripada masyarakat. Metod secara berteori ini mungkin hanya dapat difahami oleh sebahagian daripada masyarakat sahaja dan sebahagian yang lain perlulah diberi pemahaman secara lebih jelas lagi melalui kaedah praktikal.
        Selain itu, manusia perlu kepada praktikal di dalam semua perkara kerana melalui praktikal manusia dapat memahami prinsip-prinsip yang sukar untuk difahami dan sukar untuk dipraktikkan. Kaedah berteori semata-mata sebenarnya menyekat mereka untuk mempraktikkan apa yang diajar secara betul. Selain itu, kesan dakwah secara berteori kebiasaanya hanya berkekalan secara sementara sahaja dan jarang berkekalan dalam kadar yang lama. Maka, adalah wajar untuk para dai’e melaksanakan kaedah teori dan praktikal secara sistematik. Mereka perlu mengaplikasikan kedua-dua metod tersebut dalam berdakwah agar para mad’u dapat melaksanakan tuntutan islam dengan berkesan.
       Kita boleh lihat cara perlaksaan dakwah daripada Nabi Muhammad, para wali, ulamak dan ilmuan-ilmuan islam yang mana mereka berjaya melaksanakan tuntutan dakwah mereka kepada masyarakat. Saya begitu tertarik dengan cara perlaksanaan pendakwah-pendakwah terdahulu seperti Wali Songo yang mana mereka menggunakan kaedah fenomenologi dalam berdakwah kepada masyarakat Jawa pada waktu itu sehinggalah mereka dapat mengislamkan masyarakat Jawa. Penggunaan kaedah yang digunakaan oleh Wali Songo iaitu fenomenologi ataupun menyusur masuk ke dalam masyarakat dan hidup secara bermasyarakat dalam kalangan mereka telah menarik minat masyarakat Jawa untuk memeluk islam.
          Antara sumbangan Wali Songo kepada masyarakat Jawa pada waktu itu dalam melaksanakan tuntutan dakwah ialah dengan melakukan pembinaan masjid. Semasa Rasulullah menjalankan dakwah baginda di Madinah, baginda telah membina masjid Kuba’ di antara Mekah dan Madinah iaitu semasa dalam perjalanan ke Madinah. Inisiatif dan metod dakwah Rasulullah ini telah diaplikasikan oleh Wali Songo. Mereka telah membina tiga buah masjid semasa berdakwah kepada masyarakat Jawa. Pembinaan masjid ini adalah bertujuan untuk mengembangkan ajaran islam kepada masyarakat kerana masjid menjadi tumpuan utama untuk membincangkan hal-hal berkaitan islam, ekonomi, politik, kebudayaan, kehidupan dan sebagainya. Selain itu, masjid merupakan tempat berkumpulnya kesemua masyarakat untuk melakukan ibadah serta tempat untuk membincangkan hal-hal yang berbangkit. Situasi ini telah mendorong masyarakat Jawa untuk terus mengekalkan silaturrahim antara mereka dan mengukuhkan lagi hubungan sesama mereka tanpa ada perbezaan darjat dan juga pangkat.
          Disamping itu, Jemaah Wali Songo juga mempunyai pengaruh politik dan ketenteraan yang begitu hebat. Meraka berjuang mempertahankan agama islam dan berjaya menumpaskan pihak musuh. Pernah suatu ketika ketenteraan mereka dapat mengalahkan dan menumpaskan kerajaan Majapahit tanpa mengorbankan nyawa dan tanpa memusnahkan sistem masyarakat pada waktu itu. Selain itu, penubuhan kerajaan Demak Bintara telah menunjukkan bahawasanya mereka begitu aktif dalam berpolitik dan hebat dalam bidang ketenteraan disamping melibatkan diri dalam pelbagai usaha untuk kemajuan kerajaan pada waktu itu. Kerajaan Demak merupakan kerajaan pertama islam pada waktu itu di Jawa.
        Sumbangan mereka dalam ekonomi juga tidak kurang hebatnya. Mereka telah menyempurnakan kehidupan masyarakat Jawa dengan dengan memelihara sawah dan kebun secara berhemat dan teratur bersama-sama masyarakat. Selain itu, mereka telah menerapkan nilai-nilai islam dalam mendidik masyarakat dengan mengajar untuk banyak bersedekah kepada fakir miskin. Mereka telah memajukan bidang pertanian dengan membina sistem pengairan dan perparitan untuk memudahkan aktiviti pertanian masyarakat selain membina penginapan serta jalan pengangkutan yang baik. Mereka juga aktif dalam dunia perdagangan yang mana Demak merupakan kawasan perdagangan yang strategik untuk menambahkan hasil dalam negara.
         Sebelum kedatangan islam, masyarakat Jawa begitu menekankan sistem kasta iaitu sistem yang membezakan taraf  sesama mereka mengikut perhitungan darjat masing-masing. Apabila pendakwah islam datang ke Jawa, sistem kasta tersebut telah dihapuskan melalui pengaruh pendidikan islam. Mereka mendidik masyarakat bahawa Allah menciptakan manusia itu sama dan yang membezakan mereka hanyalah nilai amal perbuatan mereka untuk tiket ke syurga ataupun neraka. Mereka hanya menggunakan pengarauh mereka dalam mendidik masyarakat tanpa ada sebarang masalah. Itulah kehebatan mereka dalam menyampaikan risalah mereka yang mana mereka menggabungkan antara teori dan praktikal dalam berdakwah kepada masyarakat Jawa.
       Seterusnya adalah dakwah menerusi pendidikan. Pendidikan merupakan perkara yang paling utama kepada masyarakat kerana pendidik merupakan agen sosiolisasi yang besar tanggungjwabnya kepada pelajar. Selain itu, pendakwah Wali Songo ini telah membina pasentren-pasentren ataupun pondok-pondok untuk kegunaan masyarakat sebagai tempat menuntut dan menimba ilmu pengetahuan. Melalui sistem pedidikan bereteraskan pondok dan pembelajaran yang berkesan ini maka lahirlah pendakwah-pendakwah islam yang merantau keseluruh negara untuk berdakwah.
        Dalam aspek kebudayaan dan kesenian pula, Wali Songo telah memperkenalkan kesenian yang bereteraskan islam dalam menghapuskan kebudayaan yang songsang dalam masyarakat Jawa dengan mengadakan pementasan wayang. Islam tidak melarang untuk berhibur yang mana hiburan merupakan fitrah semulajadi manusia yang begitu mencintai keindahan dan kesenian. Salah seorang pendakwah Wali songo begitu pandai memainkan alat muzik yang bernama bonang. Melalui metod itulah masyarakat tertarik untuk mendengar mainan muzik tersebut dan ‘sambil menyelam minum’ air, pendakwah dapat meneruskan dakwah mereka menerusi persembahan dan permainan alat muzik.