Sabtu, 30 April 2016

Keluarga Dan Kekeluargaan

Perubahan Sosial Keluarga Dan Kekeluargaan
Psss~~~~~ This is just a conclusion- for my beloved Muhammad Zuhdi  ^_^


              Peredaran zaman yang semakin berkembang dari pelbagai aspek di dalam arus permodenan kini telah menyebabkan berlakunya dimensi perbezaan yang cukup ketara di antara keluarga tradisional dan moden. Perubahan dalam struktur keluarga,ekonomi,sosial dan pendidikan di dalam keluarga tradisional dan keluarga moden perlulah dinilai dari pelbagai aspek yang mana ianya merupakan faktor-faktor yang boleh menyebabkan tingkah laku diantara kedua-dua keluarga adalah berbeza. Kedua-duanya mempunyai nilai-nilai yang baik dan juga nilai-nilai yang kurang baik.
             Namun begitu, tingkah laku diantara keduanya boleh dijadikan pengajaran dan pembaikan serta boleh diaplikasikan oleh setiap generasi bagi merealisasikan keluarga yang bahagia dan merangsang kepada ciri-ciri keluarga yang sempurna. Jika dilihat pada ruangan sosial, masyarakat moden begitu mementingkan perkembangan sosial kepada ahli keluarga terutamanya kepada anak-anak mereka. Bermula daripada anak-anak mereka masih kecil, mereka memainkan peranan dalam membantu anak-anak untuk memahami dan mempelajari kaedah-kaedah bersosial agar perkembangan mental anak-anak mereka berkembang mengikut arus permodenan. Namun begitu, apabila diteliti terdapat ruangan perbezaan yang cukup ketara pada aspek sosial dalam kalangan keluarga tradisional yang hanya berkisar kepada turun-temurun yang mengekalkan aspek kebudayaan generasi terdahulu yang mana ia menekankan aspek berbudi-bahasa dan bersopan-santun. Struktur sosial mereka juga menonjolkan kepribadian mulia dan saling hormat-menghormati. 
            Seterusnya, kita dapat melihat perbezaan diantara keduanya melalui aspek ekonomi. Perkembangan ekonomi dalam kalangan keluarga moden adalah berlandaskan pembudayaan yang merangsang kepada perkembangan ekonomi negara. Setiap ahli keluarga memainkan peranan terhadap ekonomi tidak kira lelaki mahupun perempuan dalam meneruskan hidup agar kehidupan mereka lebih selesa dan berstatus lebih baik. Keluarga tradisioanal pula menganggap sumber alam adalah sumber ekonomi mereka. Mereka tidak mengamalkan budaya material dan hanya menjalankan kehidupan secara bersederhana. Hal ini demikan kerana, kehidupan mereka tidak memerlukan wang dan hanya bergantung kepada sumber alam untuk mencari rezeki dan meneruskan kehidupan.
           Dari sudut pendidikan pula, keluarga moden begitu mementingkan aspek pendidikan dalam membentuk generasi yang berilmu bermula dari dalam kandungan lagi. Mereka mengamalkan dan meletakkan minda anak-anak terhadap pembelajaran mereka. Keluarga moden menekankan aspek kependidikan dalam membimbing anak-anak kepada pembentukan sikap dan keterampialan diri melalui pelbagai kaedah. Kaedah pembelajaran yang digunakan adalah melalui bimbingan daripada guru-guru yang mempunyai pengiktirafan daripada masyarakat. Namun begitu, pandangan yang berbeza dapat kita perhatikan terhadap tahap pendidikan keluarga tradisional yang menekankan ciri-ciri kemahiran daripada generasi turun-temurun. pendidikan mereka adalah berlandaskan pendidikan tidak formal iaiyu melalu pemdidikan daripada ahli keluarga, ibu bapa dan masyarakat sekitar. Cerminan taraf pendidikan mereka yang paling tinggi adalah melalui pendidikan di institusi pondok dam madrasah-madrasah dengan menuntut ilmu dengan alim ulamak. Perbezaan inilah yang dapat kita pelajari dan kita fahami agar dapat kita praktikkan dalam kehidupan berkeluarga kelak bagi mejamin kesempurnaan dalam sistem kekeluargaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan