CONTOH TEKS PENGACARA MAJLIS
Sebelum ini saya pernah dilantik dan dijemput mengacara beberapa buah majlis formal. Antaranya ialah:
1- Majlis Malam Anugerah Kecemerlangan Fakulti Sains Sosial Gunaan 2015
2- Majlis di Rumah Orang Tua Darul Hanan, Pulau Pinang 2014
3- Perasmian Majlis Pengiktirafan Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Kemunting Sebagai Sekolah Angkat FSSG 2015
4- Perasmian Kem Motivasi Jati Diri FSSG 2015
5- Perasmian Majlis Petandingan Persembahan Sewang Orang Asli Peringkat Pantai Timur 2016, di Kelantan.
Ini adalah teks ringkas yang saya telah siapkan untuk Majlis Anugerah Kecemerlangan pada 2 MEI 2016 ini. Sila rujuk di bawah.
TEKS PENGACARA MAJLIS
MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN FAKULTI SAINS
SOSIAL GUNAAN TAHUN 2016
2 MEI 2016
DEWAN PERDANA
BIL
|
CUE
|
ANN
|
1
|
Selepas pelajar mengambil tempat
|
·
Bagi menghormati majlis, hadirin diingatkan untuk
berada dalam keadaan tenang sepanjang majlis ini berlangsung. Mohon kerjasama
daripada para hadirin untuk memastikan telefon bimbit anda dimatikan atau
berada dalam keadaan nada senyap.
·
Apabila diumumkan ketibaan para jemputan, hadirin
dimohon untuk berdiri sehinggalah dipersilakan untuk duduk. Kerjasama anda
amatlah dihargai. Terima kasih.
|
2
|
Apabila VIP tiba
|
Mengumuman
ketibaan:-
Yang berbahagia
Prof. Dr. Ahmad Puad Bin Mat Som
Dekan
Fakulti Sains Sosial Gunaan
Serta diiringi
Dhif-Dhif kehormat masuk ke dalam Dewan
Nyanyian
lagu NEGARAKU dan UNISZA
Hadirin
dipersilakan untuk duduk
|
3
|
Solutasi MC
|
Ke pekan
kuala membeli bingka,
Sayang
pesanan terlupa sudah,
Majlis
dibuka tirai bermula,
Dengan
alunan madah yang indah
Indah
berbalam si awan petang,
Berarak
dicelah pepohon ara,
Pemanis
kalam selamat datang,
Awal
Bismillah pembuka bicara.
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, Salam sehati
sejiwa.
|
Yang
Berbahagia Prof. Dr. Ahmad Puad Bin Mat Som
Dekan
Fakulti Sains Sosial Gunaan
UniSZA
Yang
Berusaha Prof Dr Muhammad Fadzil Bin
Ahmad
Timbalan
Dekan Akademik Dan Siswazah
Fakulti Sains
Sosial Gunaan UniSZA
Yang
Berusaha Dr Mutia Sobihah Binti Abd Halim
Timbalan
Dekan Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni
Fakulti
Sains Sosial Gunaan UniSZA
Yang
Berusaha En Mohamad Gafis Bin Amat Simin
Ketua
Pusat Pengajian Antropologi Dan Dakwah
Yang
Berusaha Puan Normala Binti Riza
Pemangku
Ketua Pusat Pengajian Keja Sosial
Pensyarah-pensyarah,
Staf Pentadbiran,
Barisan
Saf Pimpinan Persatuan Mahasiswa Fakuti Sains Sosial Gunnan
Seterusnya
Mahasiswa-Mahasiswi yang dikasihi sekalian.
Selamat
Datang ke,
MAJLIS
ANUGERAH KECEMERLANGAN
FAKULTI
SAINS SOSIAL GUNAAN TAHUN 2016
|
||
4
|
Bacaan Doa
|
Sidang
hadirin sekalian
Kalau
pergi tanjung keramat,
Anak manis
jangan di angkat,
Bersama
kita memohon rahmat,
Moga
majlis mendapat berkat.
Demi
memberkati acara kita pada peang ini,
Marilah
kita semua selaku insan kerdil sifat dan upaya
Dengan
sanubari yang bersih minda yang jernih
Menghimpunkan
segala harapan dan hasrat dengan bait-bait doa serta munajat.
Dengan
itu, majlis mempersilakan
Untuk
mengetuai bacaan doa kita pada petang ini.
Dengan
segala hormatnya dipersilakan.
Amin-amin
ya rabbal alamin
Terima kasih diucapka kepada saudara
Di atas
bacaan doa sebentar tadi.
|
5
|
Aluan Majlis
|
Terlebih
dahulu, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah s.w.t, kerana
dengan limpah perkenan dan kurniaNya kita sekali lagi dapat berhimpun untuk
sama-sama menjayakan MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN FAKULTI SAINS SOSIAL GUAAN
TAHUN 2016.
Majlis
berbesar hati merungkai ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima
kasih kepada
Yang
Berbahagia Prof. Dr Ahmad Puan Bin Mat Som
Dekan
Fakulti SainS Sosial Gunaan UniSZA
Di atas kesudian
hadir bagai menyerikan lai majlis kita pada petang ini.
Tidak
dilupakan juga majlis mengalu-alukan kehadiran para jemputan, serta mahasiswa
sekalian.
Untuk
makluman hadirin, Majlis Anugerah Kecemerlangan Fakulti sains Sosial Gunaan merupakan satu
program bagi meraikan pelajar-pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang
di dalam akademik dan memberi sumbangan dan jasa kepada Fakulti.
|
6
|
Ucapan perasmi
|
Hadirin
dan hadirat sekalian
Jangan
Tetawan Alpa Duniawi,
Hanya
Indah Serupa Mimpi,
Duhao\i
Phlawan Kesatria Pertiwi,
Hulurkan Madah
Kata Perasmi.
Seterusnya
Majlis Menjemput dan Mempersilakan
Yang
Berbahagia Prof Dr Ahmad Puad Bin Mat Som
Dekan
Fakulti Sains Sosial Gunaan
Untuk menyampaikan ucapan beliau dan
seterusnya merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Fakulti Sains Sosial
Gunaan Tahun 2016.
Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.
Majlis
merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Prof Dr Ahmad Puad Bin
Mat Som di atas ucapan perasmian beliau sebentar tadi.
|
7.
|
Anugerah dekan
|
Hadirin
Sekalian,
Majlis
Anugerah Kecemerlangan kita pada hari ini diteruskan lagi dengan agenda yang
seterusnya. Tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu acara Penyampaian
Anugerah Kecemerlangan kepada para pelajar yang berjaya mencatatkan keputusan
cemerlang di dalam akademik.
Sebelum
itu, untuk makluman hadirin sekalian, gred purata akademik yang telah
dipersetujui oleh pihak Fakulti untuk mencapai Anugerah Dekan Adalah 3,67 dan
ke atas.
Bagi
menyempurnakan acara dan penyampaian anugerah dekan,
Majlis
menjemput dan mempersilakan
Yang
Berbahagia Prof. Dr Ahmad Puad Bin Mat Som
Dekan
Fakluti Siins Sosial Gunaan
Diiringi
Yang Berusaha Dr Muhammad Fazil bin Ahmad
Timbalan
Dekan Akademik dan Siswazah
Untuk
menyampaikan anugerah kepada pelajar yang mendapat keputusn cemerlang.
Majlis
mempersilakan.
Rujuk
Lampiran
Majlis
merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Bebahagia Prof Dr Ahmad Puad bin
Mat Som di atas penyampaian anugerah sebentar tadi.
|
8.
|
Tayangan montaj
|
Majlis
Anugrah Kecemerlangan Fakulti Sains Sosial Gunaan 2016 DITERUSKAN DENGAN
ACARA YANG SETERUSNYA. Sebelum itu, ayuh kita sama-sama saksikan sebuah
tayangan montaj yang telah disediakan oleh pihak urusetia.
Demikian
tadi tayangan montaj tentang aktiviti yang telah dijalankan oleh para
pelajar.
|
9
|
Anugerah dekan
|
Seterusnya,
majlis diteruskan sekali lagi dengan
acara penyampaian Anugerah Dekan kepada para pelajar.
Majlis
sekali lagi menjemput dan mempersilakan
Untuk
menyampaikan sijil kepada para pelajar.
Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.
Majlis
merakamkan ucapan Terima Kasih kepada
Di atas
kesudian menyampaikan sijil anugerah dekan sebentar tadi.
Tahniah
Diucapka kepada Para pelajar yang Berjaya.
|
10.
|
Tayangan video khas
|
Hadirin sekalian,
Seterusnya
marilah kita sama-sama berhibur dengan menyaksikan tayangan video yang
ditayangkan khas pada petang ini.
|
11.
|
Anugerah FSSG
|
Hadirin
Sekalian,
Kita
teruskan lagi majlis pada petang ini dengan acara yang seterusnya.
Pihak
fakulti berbesar hati untuk menyampaikan beberapa Anugerah Khas Pencapaian
Cemerlang Kepada mahasiswa-mahasiswi yang telah memberikan sumbangan dan jasa
kepada fakulti. Anugerah khas ini diberikan kepada mahasiswa yang telah
memberi sumbangan dan pencapaian cemerlang dari aspek kurikulum, kepimpinan,
khidmat bakti dan juga sukan.
Bagi
menyempurnakan Anugerah Khas kepada pemenang,
Majlis
menjemput dam mempersilakan
_______________________________________________________
_______________________________________________________
Diiringi
Untuk
menyampaikan anugerah.
Dipersilakan.
Rujuk
Lampiran
Majlis
merakamkan ucapan terima kasih kepada
Di atas
penyampaian anugerah sebentar tadi.
|
12.
|
Penutup
|
Hadirin
sekalian,
Kini
tibalah kita ke penghujung majlis. Oleh yang demikian, badgi pihak urusetia
dan penganjur Majlis Anugerah Kecemerlangan Fakulti Sans Ssosial Gunaan Tahun
2016 merakamka ucapa setinggi-tingi penghargaan dan terima kasih kepada
dhif-dhif kehormat atas kesudian hadir bagi menyerikan lagi majlis pada hari
ini.
Semoga
majlis Anugerah sepert ini dapat memberi semangat kepada mahasisiwa yang lain
untuk terus bergiat aktif dalam memacu kea rah pembangunan sahsiah diri.
Ada laut
ada pantainya,
Ada malam
ada subuhnya,
Ada mula
ada akhirnya,
Ada awal
ada penyudahnya
Sekian
sahaja, saya WAN HANIS AISYAH mewakili warga kerja menyusun sepuluh jari
andai ada kekurangan dan kesilapan sepanjang majlis ini berangsung.
Wabillahitaufiq……………
|
semoga bermanfaat
BalasPadamSgt brmnfaat.. Thanks dear
BalasPadamsangat bermanfaat ..terima kasih
BalasPadamblh bagi sy teks ni tak.. emailkn teks utk sy blh?
BalasPadamniamizah@yahoo.com
kalau blh as soon as possible really urgent
BalasPadamboleh emailkan
BalasPadamBoleh emailkan tak? Urgent
BalasPadammohdhisman24@gmail.com
Terima kasih,
mohon kongsi, terima kasih
BalasPadamMohon kongsi, terima kasih.
BalasPadam